Thursday 13 September 2012

PETIKAN : KEMPEN LALU LINTAS KESELAMATAN JALAN RAYA



Arahan : Baca petikan berikut.

KEMPEN LALU LINTAS KESELAMATAN JALAN RAYA

Tahukan kamu dalam kemalangan yang melibatkan kereta, penumpang yang berada di tempat duduk belakang berisiko mendapat kecederaan yang teruk ? Hal ini demikian kerana hentaman akibat perlanggaran akan menyebabkan badan penumpang terhumban ke tempat duduk hadapan. Hentaman tersebut juga berupaya menolak mereka yang duduk di bahagian hadapan papan pemuka kereta.

          Pemakaian tali pinggang keledar penting kerana alat ini berupaya melindungi kita daripada tercedera . Tali pinggang keledar bukan hanya diwajibkan untuk penumpang yang berada di bahagian hadapan, malah perlu digunakan oleh penumpang yang berada di tempat duduk belakang.

          Selain tali pinggang keledar, alat keselamatan lain yang dipasang di dalam kenderaan ialah beg udara. Beg udara dipasang pada stereng dan papan pemuka kereta. Beg udara akan mengembung dengan cepat jika berlaku perlanggaran di bahagian hadapan kenderaan . Beg udara ini dapat menghalang pemandu dan penumpang hadapan daripada terhentak ke stereng, papan pemuka kereta atau cermin hadapan.
                                             

No comments:

Post a Comment