Thursday 13 September 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                                    : 6 Ibnu Sina
Bilangan Murid        : 35 orang
Tarikh                         : 7 Ogos 2012
Masa                          : 8.00-9.00 pagi
Tema                          : Keselamatan Jalan Raya
Tajuk                          : Pandu Cermat Jiwa Selamat

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama                        : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau                                           tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang                                     tepat dan laras bahasa yang sesuai.

                                            Aras 2 (ii)
                                   
                                          Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan                                                       menggunakan          laras bahasa yang sesuai.

Fokus Sampingan   : 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang
                                            tersurat dan tersirat
                                           
                                            Aras 2 (i)
                                            Membaca dan membuat andaian tentang sesuatu perkara                                        yang tersirat berdasarkan maklumat tersurat.

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. Menyenaraikan 5 idea berdasarkan tajuk.
2. Bercerita secara lisan tentang gambar
3. Membaca petikan dengan nada , sebutan dan intonasi yang betul

Sistem Bahasa
i.          Tatabahasa
ii          Sebutan dan intonasi
iii         Kosa kata

Pengisian Kurikulum
i.          Ilmu – Pendidikan Moral,  Keselamatan Jalan Raya
ii.         Nilai – berwaspada, mematuhi peraturan
iii         Kemahiran Bernilai Tambah
            a. Kemahiran Berfikir – Menjana Idea
            b. Pembelajaran Kontekstual – Biasa menggunakan jalan raya



Bahan Bantu Mengajar     : LCD , Komputer

Pengetahuan Sedia Ada  :
i.          Murid pernah menyaksikan kemalangan jalan raya
ii.         Murid menggunakan jalan raya ke sekolah

Langkah/
Masa
Isi
Pelajaran
Aktiviti
P&P
Catatan

Induksi Set
5 minit

Tayangan Video
“Keselamatan Di Jalan Raya

-Guru memainkan video
-Murid melihat video
 yang ditunjukkan oleh
 guru
-Murid bersoal jawab
 dengan guru tentang
 video tersebut
-Pengetahuan murid
 dikaitkan dengan isi
 pelajaran hari ini



Teknik:
Menjawab Soalan

Kecerdasan Pelbagai

BBM : Video

Langkah 1
15 minit

Menganalisa Gambar dan Membina Ayat
1. Jejantas
2. Jaket 
    keselamatan
3. Laluan Pejalan
    kaki
4. Tali pinggang
    Kaledar
5. Lampu Isyarat

-Guru menunjukkan
 gambar kepada murid
-Murid meneliti gambar
 yang ditunjukkan
-Guru meminta murid
 menyebut gambar yang
 ditunjukkan
-Guru meminta murid
 membina ayat
 berdasarkan gambar
 secara lisan



Teknik:
Bersoal Jawab

BBM
Slaid Gambar

Nilai
Berani

Kecerdasan Pelbagai

Langkah 2
15 minit

Membaca Petikan
“Kempen Lalu Lintas”

-Guru mengedarkan
 petikan kepada murid
-Murid membaca
 petikan dengan nada
 dan intonasi yang betul
-Guru bersoal jawab
  dengan murid tentang
  petikan:
a. Siapakah diwajibkan
    memakai tali pinggang
    keledar ?
b. Apakah keistemewaan
    beg udara
c. Apakah alat
    keselamatan lain
    dipasang?
d. Siapa yang berisiko
    mendapat kecederaan
    yang teruk ?





BBM :
Lembaran kerja

Nilai :
Berani
Mematuhi Peraturan Jalan raya

Teknik : Perbincangan

Langkah 3
20 minit

Mengisi Borang Pengurusan Grafik

Maklumat:
Punca-punca Berlakunya Kemalangan

-Guru mengedar Borang
 Pengurusan Grafik
-Guru menerangkan apa
  yang perlu diisi dalam
  Borang Pengurusan
  Grafik
-Guru membahagikan
  murid kepada beberapa
  kumpulan
-Murid berbincangkan
  dalam kumpulan
-Murid membentangkan
 hasil perbincangan
-Guru merumuskan isi
 pelajaran




Nilai :
Berani, Bekerjasama

BBM
Borang Pengurusan Grafik

Kecerdasan Pelbagai

Penutup
5 minit

Rumusan Isi Pelajaran

-Guru bersoal jawab
  dengan murid
i. Mengapakah kita perlu
  berwaspada di jalan
  raya


Teknik:
Soal Jawab

No comments:

Post a Comment